Thursday, 28 February 2013

:masih adakah keampunan untuk ku


Setiap insan di muka bumi ini dan hamba-Nya , tidak sempurna.setiap dari mereka pasti ada kesilapan yang dibuatnya.tiada yang lebih sempurna melainkan Allah.setiap daripada kita pasti ada kisah silamya.tidak semuanya baik kan?.sejahat-jahat, senakal-nakal manapun manusia itu,pasti ada terselit juga kebaikannya.jangan pernah menyalahkan mereka,membenci mereka.kita hanya tahu mengumpat,membenci mereka sedangkan kita tidak tahu betapa sukarnya hidup mereka selama ini. Anda fikir mereka yang menjadi pelacur itu,memang kehendak mereka?Mereka yang gila itu memang di hatinya ingin jadi gila?Mereka yang gemuk itu memang sengaja ingin gemuk?Mungkin si pelacur itu ada sebab tertentu.tiada siapa yang tahu,tiada siapa yang paham perasaan mereka.tugas kita sebagai hamba Allah adalah menarik,membantu mereka ke arah  jalan yang betul,lurus.ini merupakan satu jihad untuk kita.kita ini pun bukannya sehebat mana.ada juga kesilapan yang kita lakukan.
                Tidak semestinya kita yang berlatar belakangkan keluarga yang kuat agamanya tidak lari dari membuat silap.tidak banyak pun,pasti ada sedikit.saya yang datang dari sekolah agama,ada juga membuat kesilapan,ada juga masa silamya.saya tiada tempat untuk mengadu,ceritakan masalah saya.saya takut tiada siapa yang ingin berkawan lagi dengan saya.banyangkan,dulu semasa sekolah saya lain,sekarang saya dah berubah sangat.saya menyesal,saya takut.tapi saya tahu masih ada lagi yang terima saya.betul,erti KAWAN dan SAHABAT itu lain maksudnya.KAWAN mudah dicari tetapi SAHABAT sukar dicari.kawan itu boleh menjadi lawan,tetapi sahabat boleh menjaga aib kita,menyayangi kita dengan sepenuh hatinya.sekarang ini,saya masih tercarik-carik siapa sebenarnya SAHABAT itu.
                Bertaubatlah selagi pintu taubat masih dibuka.Allah itu tidak kejam,Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.mulakan hidup baru.buka buku baru tutup buku lama.tetapkan matlamat hidup,cari apa sebenarnya yang kita ingin dalam hidup ini.tidak guna hidup dengan dunia sahaja,dan tidak guna juga hidup dengan akhirat sahaja.kita perlu seimbangkan kedua-duanya.jika kita lihat sekarang anak muda macam saya ini,lebih suka keseronokkan.ya,tidak salah tapi adakah anda fikir apabila tiba waktunya,anda terus ke surau ataupun sibuk dengan masa seronok itu?
                Saya tidak kisah saya berkawan dengan siapa pun.saya terima.saya sedar saya ini bukannya sebaik mana,bukan sesuci mana.anda boleh diputarkan masa,saya tak nak dilahirkan jika saya tahu,saya ini hanya akan menyusahkan keluarga,memalukan keluarga,memalukan diri sendiri.saya takut.saya tidak tahu hendah buat apa.sungguh berat ujian yang saya terima daripada Allah ini.tetapi saya terima,tempuh dengan hati terbuka,kerana saya tahu Allah sayangkan saya sebagai umatnya.siapa lah saya ini,untuk menolak takdir-Nya.saya hanyalah insan yang lemah lagi jijik di mata Allah.
                Walaupun hidup saya ada kawan-kawan,tetapi saya takut untuk menceritakan tentang kisah hidup saya.saya takut mereka akan membenci saya.banyak ketawa kelak kita akan banyak menangis.biarlah sekarang kita banyak menangis.cukuplah apa yang saya lalui sekarang.saya ingin berubah.saya ingin bertaubat.terima kasih Ya Allah.
“Ya Allah.kau kuatkan hati hambaMu ini.sesungguhnya dia tidak kuat Ya Allah.aku benar-benar ingin berubah .janganlah Kau berikanku ujian-ujian yang tidak mampu aku tanggung. aku takut aku akan berpaling dari-Mu untuk kali kedua.Kau tetapkanlah hati hambamu ini”………..AMIN

No comments:

Post a Comment